Assalamualaikum kawan-kawan yang dh lama follow blog aku ni dan yang baru juga.Lama juga aku tak menulis dalam ruangan blog aku ni.Rasa macam rindu pula.Sekarang aku tengah berusaha untuk menyiapkan novel sulung aku yang bertajuk.........................Rahsialah.Nanti dh siap br boleh announce.Sekarang ni pula,Sibuk dengan urusan kerja dan sedang berusaha untuk membuat persiapan hari besar aku yang tak lame je lagi.Sibuk betul jadi orang dewasa ni kan?Aku tak nak cerita tentang politik tapi hari ni aku nak share satu cerita tentang aku dengan bakal teman hidup aku..Ceritanya biasa sahaja tapi bagi aku unik sebab kami mempunyai satu minat yang sama.Korang nak tahu apa dia?Bagi aku pertemuan kami cukup istimewa...Sebelum tu,Thanks buat Arwah Idris(Al-fatiah buat arwah yang telah meninggalkan kita pada 13/12/2010 yang lalu akibat kemalangan jalan raya)kerana beliau lah kami bertemu.Aku masih ingat waktu itu bulan puasa.Cadang nya,arwah mahu di perkenalkan dengan salah seorang sahabat kami.Jadi,satu pertemuan diatur untuk menemukan arwah dan sahabat ku ini..Semua diaturkan oleh seorg kawan aku yang aku tak perlu perkenalkan disini.Jika aku tidak silap,waktu kami bertemu itu adalah untuk bersahur bersama...Arwah dan teman-teman datang menjemput kami dirumah.Waktu itu,aku rasa malas sesangat nak keluar rumah sebab aku sibuk dengan kerja untuk siapkan majalah dan ada sedikit masalah peribadi yang menyakitkan hati aku..Lagipun masa tu,aku tak suka kawan2 aku keluar dengan arwah sebab dia budak Setapak(hehee,dulu,aku ingat,budak setapak ni,jahat2)Setalah dipujuk2 oleh dua rakan aku ni.Aku pun ikut jer lah bagi memenuhi permintaan diorang.Jadi,pertemuan pertama kami berlangsung di Restoran Idaman dekat Mutiara Damansara sebab situ jer Restoran yang masih buka lagi...Waktu itu,aku duduk ditengah2 dan aku tidak banyak berbual sebab otak aku kelain..Lagipun,aku tak berapa sedar kehadiran si dia sebab mase tu tak ada yang special pun..Hehehehe(jangan marah sayang).Lama berborak dengan diorang persepsi aku kat diorang memang salah...Sidia mahupun kawan2 dia yang lain tu,rupa2 nye sangat pemalu and sangat friendly.
Korang nak tahu bila pula aku mula perasan kewujudan mamat yang dah curi hati aku ni?Masa diorang hantar kami balik tu,sempat juga berbual dengan diorang kat bawah apartment aku reramai...Sewaktu hendak hulurkan salam perpisahan itulah aku perasan sayang intan payung aku ni..Sempat gak aku fikir samaada nak hulurkan salam ke tak sebab aku tengok muka dia, Islamic sikit..Baik je..Bila dia dah hulur tu,baru aku sambut and time tu,rasa macam lain sikit,..(hahaha,poyo).Tapi aku buat derk jer..tak nak layan sangat.
Pagi tu,arwah saja2 kenakan aku.Dia Mis call aku and Si dia pun ada sent mesej kat aku.Aku macam cmfius.Nak reply ke tak.At last,aku mesej dia..Tanya ada ke Mis call aku..Malu lak ai bila dia kata tak ada..Owh ya,lupa nak gtau.Masa makan tu,aku da bagi diorang business Card aku.Tu ada yang sidia dapat no aku.Aku mula senang berkawan dengan diorang.1st nya,aku add Si dia as a fren di FB sbb dia salah seorang kawan arwah(sampai sekarang,dia jadikan modal ngusik aku,kata aku yang ngorat dia dulu..huh :p).
Kami start chat kat FB and masej tru SMS.Tak ada yang peribadi pun kami bualkan melainkan pasal kerja and current isu.
Nak tahu pula bila kami keluar berdua?hehehe...Pagi tu,aku ada assigment nak disiapkan untuk majalah.Lepas dari tu aku terus ke Pavillion sebab ada Sambutan Hari Belia.Kebetulan masa tu,member kamcing aku,Raja freestyler n bebudak diaorang ada perform kat sana.So lepak kejap.Aritu gak aku jumpa balik member2 photogrfer aku cm Keyon n Hafiz.So lepak dengan diorang.Tapi,dalam pada tu,aku SMS juga dengan si dia..Patutnya,hari tu,aku balik Kg sebab kawan-kawan aku tak ada. Tapi macam malas.So,aku lepak sorang kat KL Sentral(memang aku suka lepak sorang2 pun..hehe).Aku on FB and update macam biasa.Tiba-tiba muncul lah si dia secara tak diduga di ruang chat..Kami pun start chatting sampai dia tanya aku,aku nak dia hantar kan aku balik ke?Aku pun rasa,apa salah nya kalau dia nak hantarkan aku balik.Lagipun hari dah malam dan secara jujurnya,aku nak jumpa impersonal ngan dia.Nak tengok orang dia macamana.20 minit after that,dia pun muncul dengan T-shirt Ungu,datang kemeja aku.Masa tu,sejuk je mata aku tengok dia.Perbualan pertama kami bermula dengan malu-malu.Nasib aku ni memang jenis banyak mulut and aku berjaya gak buat dia gelak terbahak-bahak bila aku start buat citer lawak.Lama jugalah kami lepak kat KFC Kl Sentral tu.Nasib tak ada yang menghalau.Hehe...
Sewaktu dia hantar aku balik tu,aku masih ingat dialog dia "Sorry kalau boring sebab dalam kereta wan memang dengar lagu Ungu jer" ..Nak tahu apa feel aku time tu? "Mamat ni tak tau pula yang aku ni Die hard fan Ungu Cliquers..hahaha" Aku senyum jer and sambil nyanyi kecil ikut lagu yang tengah kami dengar.Dia pun agak terkejut lah bila aku tau semue lagu tu.Amazing,finally aku jumpa juga orang sama minat dengan aku.Masa time study dulu,aku jer macam orang gila minat kat Ungu ni..Hehehe(bukan tak sokong Band tempatan tapi aku memang suka hasil karya Ungu,tulus dari hati)..Kali pertama karaoke berasam2,aku dengar dia nyanyi lagu Favorited aku,Sejauh mungkin pula tu...Best juga suara dia.ada iras2 suara penyayi Ungu juga(patut lah dia minat sgt dengan Ungu).Lagu pertama yang kami duet,Lagu terlanjur cinta,Ungu feat Rossa..dan sampai sekarang kami masih lagi menyanyikan lagu tu bersma setiap kali karaoke.Kerana Ungu lah cinta kami berbutik.Bila marah and berhentam,lagu2 ni yang jadi backup(hehehe..yelah,kalau dh marah,mst diam..dalam kereta dia akan buka CD Ungu..bila dua2 dia marah,msing2 akan nyanyi sendiri).Bila difikir2kan balik,pertemuan kami simple tapi sweet sangat.Banyak dah suka duka yang kami tempuh bersama.I love him so Much..Thanks sebab sayang dan sanggup layan kerenah aku ni.aku and thanks kadang2 suka buat aku marah.Aku nak cerita sampai sini sahaja kali ni..akan datang,aku akan cerita bagai mana pula dia melamar bunga ni ya...Pada yang tersayang yang kini berada di Hong Kong sebab bersama team BHP percussion untuk competition kat sana...Harukan nama Malaysia ya.All the best..Gud Luck sayang.Im not the best and i will try to be the best....
No comments:
Post a Comment