Monday, November 29, 2010

antara 9 mimpi Nabi Muhammad SAW

Aku masih tak puas lagi mencari erti dari tafsiran mimpi sampai aku jumpa antara 9 mimpi Nabi Muhammad SAW.Ada,yang mempersoalkan bila aku katakan mimpi itu mainan tidur kerana ahli ulama serta para nabi juga mentafsir mimpi.Haruslah disedari bahawa mimpi bukanlah perkara yang sentiasa memberikan petanda atau alamat terhadap sesuatu yang akan, sedang atau telah berlaku. Tetapi tidak dapat dinafikan bahawa dalam beberapa keadaan yang tertentu fungsi mimpi berupaya menjadi pemberi khabar tentang apa yang berlaku berkaitan dengan realiti hidup sebenar...ini yg dikatakan mainan tidur.Jangan lupa,Nabi Muhammad SAW pernah bersabda.

Daripada  Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:   
 “Dari Abu Qatadah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w bersabda;
mimpi yang buruk adalah dari syaitan, siapa yang bermimpi buruk hendaklah ia meludah ke sebelah kirinya dan minta perlindungan (dengan membaca A’uzubillahi minassyaitannirrajim) Allah dari syaitan serta jangan diceritakan kepada orang lain; dan siapa yang bermimpi baik hendaklah ia bergembira dan jangan diceritakan kecuali kepada orang yang dipercayainya.”
Oleh tu,ini de sikit pnjelasan yg aku nk shared....
Para cendekiawan termasuk ulama-ulama Islam pernah mencuba untuk memberikan tafsiran (tak  menulis analisis yang bersifat akademik mengenai mimpi). Dalam Islam sendiri AI Imam Fakrul Razzi juga menyiapkan sebuah karangan bertajuk Tafsir Al Alum yang bermakna'Tafsir Mimpi'.Melalui Al-Quran sendiri misalnya, Allah S.W.T. memaparkan beberapa kisah yang berkaitan den gan mimpi yang pernah berlaku ke atas rasul, rasulnya.
Allah memberikan bimbingan kepada manusia bukan sahaja ketika mereka berjaga (sedar) dan waras malah petunjuk dan hidayatnya juga disampaikan melalui mimpi ketika mereka tidur.Sesungguhnya bagi mereka yang mahu mempelajari akan hakikat itu maka disedarinya akan segala kebaikan daripada petunjuk Allah.Dalam hidup Nabi Muhammad S.A.W. baginda juga berkali-kah mengalami mimpi. Satu dari padanya ketika menjelangnya saat berangkat pulang dari Mekah ke Madinah, baginda bermimpi kumpulannya berjaya memasuki Mekah dengan aman dan melakukan umrah dan di kalangan para pengikutnya ada yang mencukur kepala hingga botak.
(Dato Dr Haron Din-Halaqah.net)
Dari sudut psychology,Saintis masih lagi tidak dapat mengerti, apakah fungsi mimpi sebenarnya. Adakah mimpi menandakan seseorang itu tidak puas hati dalam realiti? Adakah mimpi benar-benar satu panduan ataupun petunjuk dalam kehidupan? Mimpi yang indah tak semestinya bagus, kerana secara tak langsung ianya menunjukkan seseorang itu tidak mendapat tidur yang nyenyak!Sigmeund Freud adalah seorang pakar psychoanalisis yang mana cukup terkenal sebagai saintis, philosopher, seorang existentialist. 
Menurut Freud, mimpi membolehkan minda menzahirkan keinginan, kehendak dan perkara-perkara yang tidak dapat dicapai/dipenuhi ketika di alam realiti, seterusnya mengekalkannya dalam keadaan harmoni. Mimpi buruk (nightmare) pula merupakan langkah self-defense minda untuk menyalurkan emosi yang terganggu, tekanan yang melampau.
Pusat aktif otak ketika mimpi, iaitu hippocampus, merupakan pusat utama semantic memory, iaitu memori kita yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa penting peribadi yang pernah berlaku, sama ada kita ingat atau tidak. Justeru, tidak hairanlah sekiranya kita merasakan suasana/situasi mimpi kita itu macam pernah kita alami sebelum ini.

Sini,aku selitkan antara 9 mimpi Rasullah SAW
 "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan  pada malam aku sebelum di Israqkan........" 

1. Aku telah melihat  seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg  amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang   perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA  IBUBAPANYA. 
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab  kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG  SEMPURNA. 
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni  oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia  diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.   
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang  diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan   dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA  YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.   
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali   dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu  datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga  ia merasa puas. 
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan  para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang  dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG  SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku. 
7. Aku  melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di  sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung,  maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWTlalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.   
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin   tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU  lalu menyeru kepada mereka agar  menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya. 
9. Aku melihat  umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma  pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan   kepalanya dari bahaya api tersebut. 

BERSABDA RASULULLAH SAW:  "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG  AYAT"

No comments: