Sunday, July 17, 2011

Steammmboaat...owhhh steammmboat...laparnye....


Salam,kepada semua yang tak tau nak buat apa hari ni dan suka makan,aku da satu tempat best yang nak aku cadangkan kat korang kat luar sana..Kat Kl ni,banyak sg tempat makan yang best2.Suka makan Steamboat tak?Aku memang gila makan Steamboat ni..Klau makan hari2 pun tak pe.Sedap,lagipun sihat sebab makanan ni hanya dicelur sahaja dalam kuahnya..Errrmmm,sedap.....Tak boleh tahan la..mcm lapar plak..

Ok2,de satu tempat favorite aku iaitu di Johhny Steamboat..aku suka makan kat sini sebab kuah dan sambal nye,sedap sangat berbeza dengan tempat lain..Kat Johhny's Steamboat ni tak de Buffet and mahal sikit tapi aku gerenti pada yang suka steamboat mst puas hati.Kalau aku,aku suka pilih set B..ade bnyak pilihan and tok makan dua org mmg kenyang sgt lah...Lagipun blh add on kalau tak cukup...Restoran ni, selalu nya da kat dalam Jusco Supermarket..Selain tu,kat Time Square and Sungai Wang  Shoping Mall pun de tapi kat sane mcm crowded skit...Sesiapa yang try tu,boleh sgt la...Bukan de Steamboat jer tapi lain2 side order pun best juga...Ayam BBQ diorg pun Not Bad....

Nak lagi..de satu lagi yang baru2 ni aku test..Kat Flamming Steamboat setapak..ada 150 pilihan makan..Korang boleh makan sampai muntah...Kuah ada dua pilihan,ayam dan Tmyam..Aku suka Tom Yam dia.Rasa not bad cuma kalau nak p wekend,better buat reservation lah sebab ramai sgt org..nnt dapat sit yg tak best pulak.Kat Flamming cuma ada Buffet jer ye kalau tak silap aku..



Yang last,de ssaaatuuu lagi tempat yang best tok korang p time wekend ni...Seoul Garden BBQ kat OU Bandar Utama.....Tempat ni buakn jer ade steamboat tapi de BBQ juga...Terrrbaiik buat yg suka BBQ..steamboat nye,ok juga tapi pilihan tok steamboat tak bnyak..harga kat sini 30 smthing,+++ ya...Buffet and air boleh side order...Pd pemegang kad credit,de discount 10% tok anda klu aku tak silap.Sini tempat tak besar sangat.Macam kat Flamming,sini pun layan diri...Pilihan makanan juga baannnnnyak...n bahan tok aicream mmg best2..flovour aiskrim de 8-10..ada ais kacang n ABC tapi semua kena buat sndri la...suka hati korang nak makan mcmana pun tapi jangan sampai membazir k..tak baiiikkkk...


Oraits,itu sahaja yang aku nak share kali ni...Next,aku akan share benda lain n tempat lain plak k...Jom jalan-jalan cari pasal..eh..eh..silap..cari makan..Yang penting,amalkan permakanan yang sihat ya..Gizi yang seimbang dan elakkan makanan yang berminyak...Jangan risau ya cov kat sini semua makan halal...Oklah kwn2..aku nk take a break jap...ade bnda nak buat..Nak prepared barang tok blk KL rini Insyallah dan yang pasti nak makan masakn mama aku nih...Yeeehhhhhaaa..

Wassalam....

Saturday, July 16, 2011

Saat Bahagia....Aku dan dirimu......

Assalamualaikum kawan-kawan yang dh lama follow blog aku ni dan yang baru juga.Lama juga aku tak menulis dalam ruangan blog aku ni.Rasa macam rindu pula.Sekarang aku tengah berusaha untuk menyiapkan novel sulung aku yang bertajuk.........................Rahsialah.Nanti dh siap br boleh announce.Sekarang ni pula,Sibuk dengan urusan kerja dan sedang berusaha untuk membuat persiapan hari besar aku yang tak lame je lagi.Sibuk betul jadi orang dewasa ni kan?Aku tak nak cerita tentang politik tapi hari ni aku nak share satu cerita tentang aku dengan bakal teman hidup aku..Ceritanya biasa sahaja tapi bagi aku unik sebab kami mempunyai satu minat yang sama.Korang nak tahu apa dia?Bagi aku pertemuan kami cukup istimewa...Sebelum tu,Thanks buat Arwah Idris(Al-fatiah buat arwah yang telah meninggalkan kita pada 13/12/2010 yang lalu akibat kemalangan jalan raya)kerana beliau lah kami bertemu.Aku masih ingat waktu itu bulan puasa.Cadang nya,arwah mahu di perkenalkan dengan salah seorang sahabat kami.Jadi,satu pertemuan diatur untuk menemukan arwah dan sahabat ku ini..Semua diaturkan oleh seorg kawan aku yang aku tak perlu perkenalkan disini.Jika aku tidak silap,waktu kami bertemu itu adalah untuk bersahur bersama...Arwah dan teman-teman datang menjemput kami dirumah.Waktu itu,aku rasa malas sesangat nak keluar rumah sebab aku sibuk dengan kerja untuk siapkan majalah dan ada sedikit masalah peribadi yang menyakitkan hati aku..Lagipun masa tu,aku tak suka kawan2 aku keluar dengan arwah sebab dia budak Setapak(hehee,dulu,aku ingat,budak setapak ni,jahat2)Setalah dipujuk2 oleh dua rakan aku ni.Aku pun ikut jer lah bagi memenuhi permintaan diorang.Jadi,pertemuan pertama kami berlangsung di Restoran Idaman dekat Mutiara Damansara sebab situ jer Restoran yang masih buka lagi...Waktu itu,aku duduk ditengah2 dan aku tidak banyak berbual sebab otak aku kelain..Lagipun,aku tak berapa sedar kehadiran si dia sebab mase tu tak ada yang special pun..Hehehehe(jangan marah sayang).Lama berborak dengan diorang persepsi aku kat diorang memang salah...Sidia mahupun kawan2 dia yang lain tu,rupa2 nye sangat pemalu and sangat friendly.

     Korang nak tahu bila pula aku mula perasan kewujudan mamat yang dah curi hati aku ni?Masa diorang hantar kami balik tu,sempat juga berbual dengan diorang  kat bawah apartment aku reramai...Sewaktu hendak hulurkan salam perpisahan itulah aku perasan sayang intan payung aku ni..Sempat gak aku fikir samaada nak hulurkan salam ke tak sebab aku tengok muka dia, Islamic sikit..Baik je..Bila dia dah hulur tu,baru aku sambut and time tu,rasa macam lain sikit,..(hahaha,poyo).Tapi aku buat derk jer..tak nak layan sangat.
        Pagi tu,arwah saja2 kenakan aku.Dia Mis call aku and Si dia pun ada sent mesej kat aku.Aku macam cmfius.Nak reply ke tak.At last,aku mesej dia..Tanya ada ke Mis call aku..Malu lak ai bila dia kata tak ada..Owh ya,lupa nak gtau.Masa makan tu,aku da bagi diorang business Card aku.Tu ada yang sidia dapat no aku.Aku mula senang berkawan dengan diorang.1st nya,aku add Si dia as a fren di FB sbb dia salah seorang kawan arwah(sampai sekarang,dia jadikan modal ngusik aku,kata aku yang ngorat dia dulu..huh :p).
Kami start chat kat FB and masej tru SMS.Tak ada yang peribadi pun kami bualkan melainkan pasal kerja and current isu.
Nak tahu pula bila kami keluar berdua?hehehe...Pagi tu,aku ada assigment nak disiapkan untuk majalah.Lepas dari tu aku terus ke Pavillion sebab ada Sambutan Hari Belia.Kebetulan masa tu,member kamcing aku,Raja freestyler n bebudak diaorang ada perform kat sana.So lepak kejap.Aritu gak aku jumpa balik member2 photogrfer aku cm Keyon n Hafiz.So lepak dengan diorang.Tapi,dalam pada tu,aku SMS juga dengan si dia..Patutnya,hari tu,aku balik Kg sebab kawan-kawan aku tak ada. Tapi macam malas.So,aku lepak sorang kat KL Sentral(memang aku suka lepak sorang2 pun..hehe).Aku on FB and update macam biasa.Tiba-tiba muncul lah si dia secara tak diduga di ruang chat..Kami pun start chatting sampai dia tanya aku,aku nak dia hantar kan aku balik ke?Aku pun rasa,apa salah nya kalau dia nak hantarkan aku balik.Lagipun hari dah malam dan secara jujurnya,aku nak jumpa impersonal ngan dia.Nak tengok orang dia macamana.20 minit after that,dia pun muncul dengan T-shirt Ungu,datang kemeja aku.Masa tu,sejuk je mata aku tengok dia.Perbualan pertama kami bermula dengan malu-malu.Nasib aku ni memang jenis banyak mulut and aku berjaya gak buat dia gelak terbahak-bahak bila aku start buat citer lawak.Lama jugalah kami lepak kat KFC Kl Sentral tu.Nasib tak ada yang menghalau.Hehe...
Sewaktu dia hantar aku balik tu,aku masih ingat dialog dia "Sorry kalau boring sebab dalam kereta wan memang dengar lagu Ungu jer" ..Nak tahu apa feel aku time tu? "Mamat ni tak tau pula yang aku ni Die hard fan Ungu Cliquers..hahaha" Aku senyum jer and sambil nyanyi kecil ikut lagu yang tengah kami dengar.Dia pun agak terkejut lah bila aku tau semue lagu tu.Amazing,finally aku jumpa juga orang sama minat dengan aku.Masa time study dulu,aku jer macam orang gila minat kat Ungu ni..Hehehe(bukan tak sokong Band tempatan tapi aku memang suka hasil karya Ungu,tulus dari hati)..Kali pertama karaoke berasam2,aku dengar dia nyanyi lagu Favorited aku,Sejauh mungkin pula tu...Best juga suara dia.ada iras2 suara penyayi Ungu juga(patut lah dia minat sgt dengan Ungu).Lagu pertama yang kami duet,Lagu terlanjur cinta,Ungu feat Rossa..dan sampai sekarang kami masih lagi menyanyikan lagu tu bersma setiap kali karaoke.Kerana Ungu lah cinta kami berbutik.Bila marah and berhentam,lagu2 ni yang jadi backup(hehehe..yelah,kalau dh marah,mst diam..dalam kereta dia akan buka CD Ungu..bila dua2 dia marah,msing2 akan nyanyi sendiri).Bila difikir2kan balik,pertemuan kami simple tapi sweet sangat.Banyak dah suka duka yang kami tempuh bersama.I love him so Much..Thanks sebab sayang dan sanggup layan kerenah aku ni.aku and thanks kadang2 suka buat aku marah.Aku nak cerita sampai sini sahaja kali ni..akan datang,aku akan cerita bagai mana pula dia melamar bunga ni ya...Pada yang tersayang yang kini berada di Hong Kong sebab bersama team BHP percussion untuk competition kat sana...Harukan nama Malaysia ya.All the best..Gud Luck sayang.Im not the best and i will try to be the best....

Wednesday, April 13, 2011

Hi friends. Hope you all well ..

Hai,kawan-kawan. Tidak lama lagi,saya akan bina lagi satu blog untuk tujuan perniagaan online saya. Saya harap makin ramai yang boleh jadi follower saya. Blog yang sedia ada ini saya gunakan untuk tujuan peribadi saya. Saya mengambil keputusan untuk mengasingkan blog peribadi saya dengan perniagaan kerana tidak mahu kelihatan serabut. Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan kepada saya. Harap anda diluar sana dapat menyokong usaha anak muda Malaysia kita.

Hi, friends. Soon, I will create another blog for my online business. I hope more and more that could be my follower. This existing blog I use for my personal goals. I decided to separate my personal blog with a business for not wanting to look fibers. Thank you my friends who always support me. Hope you out there to support our young Malaysians 
.
,朋友们。不久,我将创建另外一个我的网上商业博客我希望有更多更多的可能是我的追随者。现有的博客我用我的个人目标。我决定分开,不想我与纤维业务的个人博客。谢谢我的朋友谁一直支持我希望你在那里支持我们的年轻马来西亚人。

やあ、友人。すぐに私はオンラインビジネスのためののブログが作成されます。私は願って、より自分の信者であることが多くこの既存のブログ私が個人的な目標使用する繊維見て望んでいないビジネス私の個人的なブログ分離することを決めた。あなたは常にをサポートして友人ありがとうございます。我々の若いマレーシアをサポートするためにそこ願っています。

 Привет, друзья. Вскоре, я буду создавать еще один блог для моего бизнеса в Интернете. Я надеюсь, что все больше и больше, которые могли бы быть моим последователем. Это существующий блог я использую для моих личных целей. Я решил разделить мой личный блог с бизнесом, не желая выглядеть волокон. Спасибо моим друзьям, которые всегда меня поддерживают. Надеюсь, что вы там, чтобы поддерживать наших молодых малазийцев.

Sunday, March 27, 2011

Dapatkan Collection Terbaru AmyHazwan Gallery...!!!!!

Gucci handbag Gold RM 125
Gucci Dark Brown RM 140


Gucci RM 115

Kappa Black Pink RM 70




Pada kawan-kawan kat luar sane,jangan lupa dapatkan koleksi terbaru dari AmyHazwan Gallery..Girl  & Guy outfit. Accessories pun de juga ya..Murah dan sangat2 berbaloi..Macam2 Brand de..just let us know nak brand pe,Insyallah,kami akan try carikan....Sesiapa yang berminat,boleh contact kami di Facebook saya...AMY ROSHILLA....atau email kepada saya : shielote_86@ymail.com.
Kappa Red Roman RM 70

Wednesday, March 23, 2011

myMetro | Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup : Mata duitan

myMetro | Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup-Sesuatu yang tak masuk akal.......Pada kawan2 kat luar sane beringat2 la k.Jangan mudah sangat terpedaya dengan wang ringgit dan kemewahan.Aku terkedut gak bace kisah Fauzana ni.Nak gelak atau simpati....Bace jer lah kawan-kawan....Yang baik dijadikan panduan,yang tak baik tu,dijadikan sempadan....

Saturday, March 19, 2011

FACEBOOOOOOOKKKKKKK.....

Assalamualaikum....
Lame dah tak menulis kat blog aku ni.Sekarang sangat sibuk dengan kerja kat office.Segala yang sedang aku rancang,terpakse ditangguh buat sementara waktu ni.Kalau de rezeki cepat,cepatlah aku dapat apa yg aku impikan.Semua aku terpaksa simpan dulu.Lagipun,sekarang ni aku tengah sibuk juga membuat persiapan tok hari besar aku dengan yang tersayang.Harapan aku,semua akan berjalan lancar,insyAllah....Alhamdulillah,aku pasti yang aku tak tersalah pilih...Dalam kebahagian yang sedang aku kecapi,terfikir pula aku tentang teman2 yang sedang dilanda masalah dalam perhubungan.Pagi tadi waktu on9 FB aku,de seorg kawan yang menukar status dari in relationship kpda single.Aku nampak mereka baik2 sahaja sebelum.Sama dengan aku menemani si dia bermain Futsal...Hurmmm,agak menakutkan.Apa agaknya masalah mereka kan...Dekat Fb ni,semua bukan rahsia termasuk soal cerita perhubungan.Jika kita dan pasangan punya masalah,pasti semua kawan2 akan tahu.Bukan apa,status yang kita type tiap kali on9 tu,mengambarkan perasaan kita.Dimanakah privacy kita?Sometime pula,aku tengok ade partner yg tolong on9kan sikekasih punya FB,siap tolong replykan coment kawan2 kat wall...camtu pun ada juga kan.Bukan tak boleh share pasword,tapi bila dah share tu jgn suka2 nak ceroboh sebab privacy pasangan kan?kecuali ada yang mencurigakan.Tetapi,selalunya,pasti akan jadi pertengkaran punyalah klu dh share pasword.Hehe....Pada kekasih2 pula,jangan lah salah guna kepercayaan yang dah diberikan.Bukan tak boleh berkawan tetapi pastikan batas anda.Lagi-lagi diruangan chat.Bahaya!!Pada kawan-kawan pula,jangan lah nak bergurau melampau kerana yang kenal kamu dia,bukan si kekasih.Kalau mereka dah berhentam,kan susah?Bagi aku,pucuk pangkal hati.Yang penting kepercayaan.dan jangan salah guna kepercayaan.Kadangkala kebebasan berkawan tu perlu diberikan pada pasangan.Biarkan jer dia nak berchatting dengan teman-teman di FB secara bebas.Biarkan dia jadi diri sendiri.Tak kan anda nak monitor perbualan dia dengan teman sejenis mereka.Mana lah tahu mereka sedang berbincang pekara2 sulit tentang maslah peribadi yang memang anda tak perlu atau tak patut tahu.Kecuali jika anda mula terlihat sikap yang pelik pada sidia...itu mesti ada yang tak kena.Kalau dah jadi macam tu,jangan was2 tok selidik ya..Memang wajar tindakan anda tu...Masalah juga FB ni kan?Tapi bila difikir-fikirkan,bukan FB yang jadi masalah tapi kita yang membuatkan dia jadi masalah.Salah guna...Jadi fikir-fikirkanlah ya....Love u so much Nor hazwan..... <3 <3 <3http://www.youtube.com/watch?v=GBB0UYa7ZvM

Thursday, March 10, 2011

sayangku hanya satu..

Thanks Nor hazwan cov u love n give me a chance to know you sayang....saya dedicate kn lgu ni tok awk sayang.Wishly kt akan kekal selamanya,insyaallah....

Friday, January 14, 2011

CUBALAH KALAU BERANI!!!!!

Sekarang ramai yang nak joind MLM dan mcam2 g peluang perniagaan...My fiancée main Forex tapi bagi aku plak lagi selesa dengan cara bekerja dari rumah yang aku sedang buat skang.Modal pun tak besar,just kluarkan modal RM20 dan aku dah boleh mula buat kerja dari rumah...Just key in data...Kacang jer,on the spot jer pulang modal RM20 yang aku keluarkan..best...So,pada korang yang kat luar sana,tak nak cuba ke?kerja ni tak janjikan kekayaan tapi memang boleh sangat untuk tolong korang hidup selesa...Alah,dari tak ada buat apa,dapat juga menambah2 pendapatan..tak banyak pun,kalau rajin,sehari boleh lah dapat RM100 ke atas kalau rajin...hehehhe..Try chek aku punya web ni k.... http://rajinkerja.webs.com

Susah kalau dah tak ada kerja lain

Zaman sekarang makin maju...teknologi menjakaui pemikiran kita.Sekarang sape yang tak ada email,itu dah dikira ketinggalan zaman sangat lah tu..Facebook,twitter,friendster dan macam2 lagi lah laman sosial yang ada digunakan untuk cari jodoh,cari kawan2 sekolah lama,dan ada juga guna untuk lepas geram....Banyak kegunaannya segala macam kemudahan IT ni..tapi selalu jer disalah guna.Macam blog,sepatutnya,gunakanlah blog dan forum untuk shared pengalaman,pandangan,atau pengetahuan,bukan guna untuk lepas geram atau nak malukan sesetengah pihak...Kadang2 takut juga kan?Mana tau orang cuba jatuh kita dengan sebar fitnah yang ntah apa2 melalui internet.Malu jer walaupun tak buat.Itu baru cerita pasal laman sesawang..blm lagi lain2 teknologi macam phone...Phone yang canggih2 patutnya digunakan untuk sebaik mungkin,bukan untuk simpan bahan lucah mcam video atau gambar,Kalau nak simpan untuk kegunaan peribadi tu lantak lah.Ini tak,kemudian boleh plak sebarkan dari satu orang ke satu orang..dah pulak tu,main sedap mulut jer sebut nama sesape yang seakan seiras dengan mangsa yang ada dalam video tu...hehehe..pelik betul...dh macam pakar IT dah diorang ni..Ingat,what goes around comes around...hehehe..Jangan nanti dah terkena kat anak bini serta keturunan baru nak beringat.Masalah ni memang susah nak dibendung sebab,kuasa IT....apa yang boleh kita lakukan ialah,tepuk dada,tanya selera...Fikir2kan wahai mereka yang berotak dan berakal....Terima kasih....

Friday, January 7, 2011

MAJALAH RAJA SEHARI AKAN BERADA DIPASARAN 17th JANUARI 2011!!!!!

ILLUSTRASI
Majalah Raja Sehari akan berada di pasaran bermula 17th Januari ini...Anda boleh dapatkan di kedai-kedai buku di seluruh negara.Pastikan anda dapatkan Majalah yang betul ya!Majalah RAJA SEHARI!!!Raja Sehari merupakan satu majalah berkonsepkan direktori pengantin yang padat dengan informasi berkaitan perkahwinan.Jadi,anda pasti tidak rugi dengan berbelanja kurang dari RM10 kerana semua yang anda perlukan terdapat dalam Raja Sehari....Jadi,apa tunggu lagi...Pastikan anda memiliki senaskah Majalah Raja Sehari yang akan menemui anda bermula 17th Januari 2011 ini!!!!!!