Saturday, November 29, 2014

Bila Bayi mengalami hipertermia (demam panas)

Assalamualaikum teman teman pembaca. Hari ni saya nak cerita sikit tentang demam panas dan macam mana nak berhadapan dengan situasi bila anak mengalami hipertermia.Ramai dikalangan ibu bapa yang tidak pasti atau tidak tahu bila masa anak diserang demam panas.Selalunya,ibu bapa cuma tersedar bila anak menunjukkan symptom seperti overheating atau panas badan yang terlampau,mungkin melebihi 39 darjah celcius, bayi mula tidak memberikan respond bila dipanggil atau mungkin bayi tidak sedarkan diri.bayi cenderung diserang sawan jika tubuh terlalu panas.Oleh yang demikian,saya sarankan ibu bapa menyimpan thermometer klinik dirumah bagi memantau suhu bayi jika mendapati bayi anda mula menunjukkan symptom demam. Demam panas ini biasa terjadi dikalangan bayi di bawah satu tahun.Kita jangan terlalu risau sebab demam panas ni,menunjukan sistem imunisasi akan kita berfungsi dengan baik.Demam panas ni,adalah reaksi semulajadi badan untuk melawan jangkitan kuman.Sebenarnya,tiada ubat yang betul betul berkesan untuk bayi dibawah satu tahun.Paling tidak,doktor akan masukan ubat bontot jika panas bayi anda melebihi 39 darjah celcius.Antibiotic akan diberi untuk beberapa hari mengikut dos yang sesuai buat bayi anda.Tapi jangan pula diambil mudah kerana akan memudaratkan bayi anda jika demam panas dibiarkan,malah ,boleh menyebabkan kecacatan kekal atau kematian.Hari ni saya nak share dengan pembaca pengalaman saya dan suami bila princess kami diserang demam panas ZA Diserang Demam Panas!!!! Macam mana saya dan suami menangani situasi yang belum pernah kami hadapi sebelum ini? Cemas,takut,gusar,sedih,semua bercampur baur.Semua bermula secara tiba tiba.Zara yang sihat walafiat diserang demam.Kami ingatkan demam biasa hingga esoknya,suhu badan Zara makin tinggi.ALlah sahaja yang tahu bila satu tahap tiada respond dari Zara.Ikut kata doktor,mandikan jika suhu badan terlalu panas(overheating).Lepas mandi,terus sahaja Zara jadi lembik..Aduh,saya dan suami saling berpandangan.Kenapa lepas mandi Zara bertukar jadi biru,mengigil?rupa rupanya itu salah satu menandakan tubuh bayi kita memberi respond kepada daya tahan tubuhnya sendiri.Tapi,saya dan suami jadi cemas,takut sesuatu yang buruk jadi pada puteri kami.Jadi tanpa berlenggah,saya dan suami terus bawa Zara ke hospital untuk dapatkan rawatan.Sampai diunit kecemasan,Zara terus diberikan rawatan.Ingatkan Zara diberi ubat tapi saya tengok,pembantu perubatan dan doktor,bogelkan Zara dan terus mandikan Zara dengan air sejuk.WoW!!!!sedih tengok anak sekecil Zara meraung raung tahan sakit kena cucuk untuk pasang drip.Menyesal hantar hospital.Zara Admitted!Haishhh,saya paling tak sanggup bila tengok Zara meraung raung.Sakit sebab demam ke,sakit sebab kena ambil darah ke,saya pun tak pasti...Kalau Zara boleh ngadu,tahu la saya kan? Masa kat hospital,hospital just beri kat Zara ubat bontot dan antibiotik untuk lawan virus demam tu.Tapi bak kata nurse sendiri,demam ni tak ada ubatnya.Tuam sahaja anak tu sampai panas surut.Selama 4 hari kat hospital.Itu la keje saya,tuam Zara siang malam.Panas Zara pula naik surut.Doktor kata Zara de blood infection,sebab tu demam dia lambat surut.Biasanya,demam panas ni sekejap jer,Jadi jangan la terlalu risau ye.kalau jadi kat anak anda,cuba tuam dengan tuala basah pada bahagian kepala,ketiak,pelipat kaki dan belakang punggung,sebab kat situ haba haba berlebihan tersimpan.Jika demam beterusan,elok la rujuk pada hospital berdekatan,kerana kita tak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada anak kita kan?Alhamdulillah,Zara semakin sihat dan kembali aktif.Malah makin ligat sekarang ni.Kata orang tua,demam nak mendapat benda baru.hehe...

No comments: